Menu
Sangkakala_dalam_Islam Dalil Al-Quran tentang sangkakalaFirman Allah S.W.T:
Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah an-Naml : 87)
Firman Allah S.W.T:
Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup- Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)," (Surah Al-Haqqah : 13-17)
Firman Allah S.W.T:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Surah az-Zumar : 68)
Firman Allah S.W.T:
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Surah Yassin : 51)
Menu
Sangkakala_dalam_Islam Dalil Al-Quran tentang sangkakalaBerkaitan
Sangkar (filem) Sangkakala dalam Islam Sangkar Rasam Sangkar rusuk manusia Sangkar (drama) Sangkakala Sangkar Faraday Sangkuriang Sangkulirang, Kutai Timur Sangkar TerasingRujukan
WikiPedia: Sangkakala_dalam_Islam http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=... http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=... http://arabiclexicon.hawramani.com/%D8%B5%D9%88%D8... http://arabiclexicon.hawramani.com/%D8%B5%D9%88%D8... http://www.quranexplorer.com/quran/